Salasilah keluarga Ali bin Abi Talib

Rencana berikut memaparkan salasilah keluarga Ali bin Abi Talib (Arab: عَلِي ابْن أَﺑِﻲ طَالِب, 599 - 661 M) ialah ketua awal tamadun dan agama Islam, Khulafa al-Rasyidin keempat (berdasarkan fahaman Sunnah) dan Imam serta khalifah pertama dalam fahaman Syiah. Ali ialah sepupu Nabi Muhammad serta anak menantunya selepas berkahwin dengan puterinya, Fatimah az-Zahra.

Bapanya ialah Abu Talib bin Abdul Muttalib dan ibunya ialah Fatimah binti Asad, tetapi dibesarkan dalam keluarga Nabi yang juga dijaga Abu Talib. Dengan turunnya wahyu, Ali merupakan antara orang yang terawal memeluk agama Islam pada umur 12 tahun, dan membawa hidupnya demi Islam.[1][2][3]

  1. ^ Tabatabaei 1979, halaman 191
  2. ^ Ashraf 2005, halaman 14
  3. ^ Diana, Steigerwald (2004). "Alī bin Abu Talib". Encyclopaedia of Islam and the Muslim world. 1. MacMillan. ISBN 978-0-02-865604-5.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search